Breastfeeding Welcome Here

Saturday, 6 September 2014

Nota Susu Ibu #5 :Power Pumping : Teknik Berkesan Banyakkan Susu Ibu

"Susu saya sedikit,saya sangat risau kalau anak saya tak cukup susu,saya nak susu saya banyak melimpah ruah dan anak saya dapat menyusu dengan susu ibu sampai dua tahun."

Assalammualaikum ibu-ibu menyusu.


Masalah utama ibu-ibu yang menyusukan adalah susu sedikit.Tak tahu cara berkesan untuk tingkatkan penghasilan susu ibu.Jadi saya nak kongsi tip bagaimana nak tingkatkan penghasilan susu ibu dengan cepat dan berkesan dengan cara "Power Pumping".

#Apa itu Power Pumping?

Power pumping adalah teknik mengepam yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.Teknik ini sama seperti sesi mengepam biasa cuma teknik ini dibuat seolah-olah kita meniru cara bayi menyusu dan sedang mengalami growth spurt.

Biasanya waktu bayi sedang mengalami growth spurt,bayi akan menyusu dengan lebih kerap dan lebih lama.Jadi secara semulajadinya badan ibu akan menghasilkan lebih banyak susu.

#Siapa Yang Perlukan Power Pumping?


  1. Ibu yang kekurangan susu akibat darpada kurang mengepam,perubahan hormon atau sebagainya dan sedang berusaha untuk menambah bekalan susu untuk anak.
  2. Ibu yang ingin relaktasi atau ingin menyusukan semula setelah berhenti menyusukan.
  3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat,dimana teknik ini mampu meransang penghasilan susu ibu.
#Cara Nak Buat Power Pumping


 Untuk Single Pump 

Pam kanan dulu 10 minit,kemudian kiri pulak 10 minit.
Tukar pulak ke kanan 10 minit dan seterusnya selama satu jam.

Untuk Double Pump

Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit,rehat 10 minit
kemudian sambung lagi 10 minit,rehat 10 minit dan seterusnya selama satu jam.

Disarankan buat power pumping sekali sehari,sebaiknya pada waktu malam ke subuh sebab waktu ni hormon susu sangat tinggi.

Teknik ini memerlukan masa selama satu jam dan perlu dibuat selama 3 -7 hari bergantung kepada individu masing-masing.Anda hanya perlu gunakan teknik ini  untuk boost up penghasilan susu ibu.

#Berapa Lama Saya Kena Tunggu Untuk Nampak Hasil?

Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer.Berapa cepat nampak hasil bergantung kepada orang.Power pumping perlu masa sekurang-kurangnya seminggu.

Yang penting anda tak boleh putus asa dan kena konsisten melakukan teknik ini sampai nampak hasilnya.

Walaupun hari pertama hasil pan setitik dua atau pam angin sahaja,teruskan sehingga dapat apa yang diinginkan.usaha,doa dan tawakal,insyallah dipermudahkan.

Kepada ibu-ibu yang bekerja dan sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip pumping saya sangat sarankan anda buat power pumping pada malam harinya.Insyallah susu tak akan berkurang malah akan sentiasa bertambah dengan syarat lakukannya dengan sabar dan berdisplin.

Cubalah Teknik Power Pumping dan Kongsikan Hasilnya

Ok sekaranng anda cuba teknik ini.Saya amat teruja jika anda boleh share di ruangkan komen di bawah gambar hasil  daripada teknik power pumping.

Atau anda boleh tag nama saya di facebook disini

Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya :-

suzielawatisulaiman@gmail.com atau 

SMS/whatapps +013 6130201

Sekian.

-Puan Suziela-



No comments:

Post a Comment

Apakah Cabaran Penyusuan Yang Anda Hadapi?

 

Blog Template by BloggerCandy.com