Breastfeeding Welcome Here

Saturday 13 September 2014

Pengetahuan Asas Untuk Menyusukan Anak : Tips Untuk Ibubapa Baru

Salam kepada semua pembaca blog konsultasi susu ibu.

Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.Entry kali ni saya nak kongsikan khas untuk ibubapa yang baru menimang cahaya mata ataupun bakal ibu dan ayah tidak lama lagi.

Tahniah!!!

Alhamdulilah....

Semoga enrty ini dapat memberi sedikit panduan dan tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu untuk anak anda.
Sekadar Hiasan

#Niat & Matlamat Penyusuan Susu Ibu

Kebanyakkan pandangan daripada pakar penyusuan mencadangkan supaya ibu-ibu memasang niat untuk menyusukan sejak dari bayinya dalam kandungan lagi dan seterusnya cuba dapatkan sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan susu ibu,terutama untuk ibu-ibu yang bekerja.

Berikut adalah antara perkara asas yang ibu-ibu perlu ambil tahu untuk menyusukan bayi :-


  1. Perlu sentiasa berfikiran positif  dan mesti percaya bahawa susu ada sebaik sahaja anak dilahirkan.Stimulasi dan ransangan awal sangat penting.Jadi susukan bayi seawal dan sekerap mungkin.
  2. Susu awal yang berwarna kekuningan jernih dipanggil kolostrum.Jangan buang,kerana ia sangat berkhasiat untuk bayi anda.
  3. Diawal-awal kelahiran biasanya ibu akan dapati payudara terasa full atau bengkak.Hal ini terjadi kerana badan ibu baru nak adjust keperluan susu yang diperlukan oleh bayi.Payudara yang tidak rasa bengkak bukan bermakna tiada susu ye.Jangan tunggu rasa full baru nak susukan bayi,nanti supply akan kurang.
  4. Bayi kerap menangis dan suka bergayut. Bayi asik nak menyusu bukan bermakna tak cukup susu.Ini adalah cara bayi berkomunikasi dengan ibunya,Bayi berasa selesa dan selamat dalam pelukan ibunya kerana dunia ini terlalu asimh untuknya berbanding semasa di dalam rahim ibu.Cuma periksa lampinnya mungkin basah dan dia berasa tidak selesa.
  5. Bayi yang disusukan dengan susu ibu sepenuhnya berpotensi tidak berak beberapa hari atau minggu.Ibu jangan panik.Pastikan anak anda kencing dan perutnya tidak keras.
  6. Susukan bayi dengan kerap untuk mengurangkan jaundis.Jangan biarkan bayi tidur terlalu lama tanpa disusukan.Biasanya bayi yang mengalami jaundis memang suka tidur.^_^
  7. Menyusukan bayi tidak sepatutnya menyakitkan.Pastikan teknik pelekapan yang betul semasa menyusukan.Pastikan sebahagian besar  areola masuk ke dalam mulut bayi.
  8. Cara paling berkesan untuk pastikan bekalan susu untuk anak cukup adalah dengan menambah kekerapan pam susu atau direct feeding.
  9. Rahsia kejayaan penyusuan susu ibu.Never Give Up!!! Sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan.
Selamat menyusukan.



Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya :-

suzielawatisulaiman@gmail.com 
SMS/whatapps +013 6130201





Sunday 7 September 2014

Kenapa Anak Saya Tak Suka Minum Susu Formula?

Salam all reader blog konsultasi susu ibu.

Semasa saya tulis entry ini Iman dah 2 tahun 4 bulan dan masih menyusu,susah nak berenti .
Saya bagi susu formula masa umur Iman 2 tahun.Tapi dia macam tak berapa nak minum. Minum pun sikit jer.Satu cawan sehari pun susah nak habiskan.Lagi suka direct feeding.
Kebetulan masa buka facebook saya terbaca artikel tentang sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula.

Artikel ini ditulis oleh Puan Kamariah Mohamad Alwi (Presiden Persatuan Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia) sedikit sebanyak telah menjawab persoalan saya,harap perkongsian ini juga mungkin membantu anda semua.

Selamat membaca.

Nor Kamariah Mohamad Alwi
#Kenapa Anak Yang Disusui Dengan Susu Ibu Tidak Suka Susu Formula

Oleh: Nor Kamariah Mohamad Alwi, IBCLC

Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu 'terpesong' dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak 'sangat perlu minum susu' dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.

Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:

1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang - bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.

2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.

3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.

Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.

Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.

Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!

---------------------------------------
Sekian

Salam sayang dari saya
-Puan Suziela-
suzielawatisulaiman@gmail.com
Sms/Whatapps +013 6130201

Saturday 6 September 2014

Nota Susu Ibu #5 :Power Pumping : Teknik Berkesan Banyakkan Susu Ibu

"Susu saya sedikit,saya sangat risau kalau anak saya tak cukup susu,saya nak susu saya banyak melimpah ruah dan anak saya dapat menyusu dengan susu ibu sampai dua tahun."

Assalammualaikum ibu-ibu menyusu.


Masalah utama ibu-ibu yang menyusukan adalah susu sedikit.Tak tahu cara berkesan untuk tingkatkan penghasilan susu ibu.Jadi saya nak kongsi tip bagaimana nak tingkatkan penghasilan susu ibu dengan cepat dan berkesan dengan cara "Power Pumping".

#Apa itu Power Pumping?

Power pumping adalah teknik mengepam yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.Teknik ini sama seperti sesi mengepam biasa cuma teknik ini dibuat seolah-olah kita meniru cara bayi menyusu dan sedang mengalami growth spurt.

Biasanya waktu bayi sedang mengalami growth spurt,bayi akan menyusu dengan lebih kerap dan lebih lama.Jadi secara semulajadinya badan ibu akan menghasilkan lebih banyak susu.

#Siapa Yang Perlukan Power Pumping?


  1. Ibu yang kekurangan susu akibat darpada kurang mengepam,perubahan hormon atau sebagainya dan sedang berusaha untuk menambah bekalan susu untuk anak.
  2. Ibu yang ingin relaktasi atau ingin menyusukan semula setelah berhenti menyusukan.
  3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat,dimana teknik ini mampu meransang penghasilan susu ibu.
#Cara Nak Buat Power Pumping


 Untuk Single Pump 

Pam kanan dulu 10 minit,kemudian kiri pulak 10 minit.
Tukar pulak ke kanan 10 minit dan seterusnya selama satu jam.

Untuk Double Pump

Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit,rehat 10 minit
kemudian sambung lagi 10 minit,rehat 10 minit dan seterusnya selama satu jam.

Disarankan buat power pumping sekali sehari,sebaiknya pada waktu malam ke subuh sebab waktu ni hormon susu sangat tinggi.

Teknik ini memerlukan masa selama satu jam dan perlu dibuat selama 3 -7 hari bergantung kepada individu masing-masing.Anda hanya perlu gunakan teknik ini  untuk boost up penghasilan susu ibu.

#Berapa Lama Saya Kena Tunggu Untuk Nampak Hasil?

Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer.Berapa cepat nampak hasil bergantung kepada orang.Power pumping perlu masa sekurang-kurangnya seminggu.

Yang penting anda tak boleh putus asa dan kena konsisten melakukan teknik ini sampai nampak hasilnya.

Walaupun hari pertama hasil pan setitik dua atau pam angin sahaja,teruskan sehingga dapat apa yang diinginkan.usaha,doa dan tawakal,insyallah dipermudahkan.

Kepada ibu-ibu yang bekerja dan sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip pumping saya sangat sarankan anda buat power pumping pada malam harinya.Insyallah susu tak akan berkurang malah akan sentiasa bertambah dengan syarat lakukannya dengan sabar dan berdisplin.

Cubalah Teknik Power Pumping dan Kongsikan Hasilnya

Ok sekaranng anda cuba teknik ini.Saya amat teruja jika anda boleh share di ruangkan komen di bawah gambar hasil  daripada teknik power pumping.

Atau anda boleh tag nama saya di facebook disini

Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya :-

suzielawatisulaiman@gmail.com atau 

SMS/whatapps +013 6130201

Sekian.

-Puan Suziela-



Apakah Cabaran Penyusuan Yang Anda Hadapi?

 

Blog Template by BloggerCandy.com