Breastfeeding Welcome Here

Showing posts with label Nota Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Nota Susu Ibu. Show all posts

Saturday, 13 September 2014

Pengetahuan Asas Untuk Menyusukan Anak : Tips Untuk Ibubapa Baru

Salam kepada semua pembaca blog konsultasi susu ibu.

Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.Entry kali ni saya nak kongsikan khas untuk ibubapa yang baru menimang cahaya mata ataupun bakal ibu dan ayah tidak lama lagi.

Tahniah!!!

Alhamdulilah....

Semoga enrty ini dapat memberi sedikit panduan dan tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu untuk anak anda.
Sekadar Hiasan

#Niat & Matlamat Penyusuan Susu Ibu

Kebanyakkan pandangan daripada pakar penyusuan mencadangkan supaya ibu-ibu memasang niat untuk menyusukan sejak dari bayinya dalam kandungan lagi dan seterusnya cuba dapatkan sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan susu ibu,terutama untuk ibu-ibu yang bekerja.

Berikut adalah antara perkara asas yang ibu-ibu perlu ambil tahu untuk menyusukan bayi :-


  1. Perlu sentiasa berfikiran positif  dan mesti percaya bahawa susu ada sebaik sahaja anak dilahirkan.Stimulasi dan ransangan awal sangat penting.Jadi susukan bayi seawal dan sekerap mungkin.
  2. Susu awal yang berwarna kekuningan jernih dipanggil kolostrum.Jangan buang,kerana ia sangat berkhasiat untuk bayi anda.
  3. Diawal-awal kelahiran biasanya ibu akan dapati payudara terasa full atau bengkak.Hal ini terjadi kerana badan ibu baru nak adjust keperluan susu yang diperlukan oleh bayi.Payudara yang tidak rasa bengkak bukan bermakna tiada susu ye.Jangan tunggu rasa full baru nak susukan bayi,nanti supply akan kurang.
  4. Bayi kerap menangis dan suka bergayut. Bayi asik nak menyusu bukan bermakna tak cukup susu.Ini adalah cara bayi berkomunikasi dengan ibunya,Bayi berasa selesa dan selamat dalam pelukan ibunya kerana dunia ini terlalu asimh untuknya berbanding semasa di dalam rahim ibu.Cuma periksa lampinnya mungkin basah dan dia berasa tidak selesa.
  5. Bayi yang disusukan dengan susu ibu sepenuhnya berpotensi tidak berak beberapa hari atau minggu.Ibu jangan panik.Pastikan anak anda kencing dan perutnya tidak keras.
  6. Susukan bayi dengan kerap untuk mengurangkan jaundis.Jangan biarkan bayi tidur terlalu lama tanpa disusukan.Biasanya bayi yang mengalami jaundis memang suka tidur.^_^
  7. Menyusukan bayi tidak sepatutnya menyakitkan.Pastikan teknik pelekapan yang betul semasa menyusukan.Pastikan sebahagian besar  areola masuk ke dalam mulut bayi.
  8. Cara paling berkesan untuk pastikan bekalan susu untuk anak cukup adalah dengan menambah kekerapan pam susu atau direct feeding.
  9. Rahsia kejayaan penyusuan susu ibu.Never Give Up!!! Sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan.
Selamat menyusukan.



Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya :-

suzielawatisulaiman@gmail.com 
SMS/whatapps +013 6130201





Saturday, 6 September 2014

Nota Susu Ibu #5 :Power Pumping : Teknik Berkesan Banyakkan Susu Ibu

"Susu saya sedikit,saya sangat risau kalau anak saya tak cukup susu,saya nak susu saya banyak melimpah ruah dan anak saya dapat menyusu dengan susu ibu sampai dua tahun."

Assalammualaikum ibu-ibu menyusu.


Masalah utama ibu-ibu yang menyusukan adalah susu sedikit.Tak tahu cara berkesan untuk tingkatkan penghasilan susu ibu.Jadi saya nak kongsi tip bagaimana nak tingkatkan penghasilan susu ibu dengan cepat dan berkesan dengan cara "Power Pumping".

#Apa itu Power Pumping?

Power pumping adalah teknik mengepam yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.Teknik ini sama seperti sesi mengepam biasa cuma teknik ini dibuat seolah-olah kita meniru cara bayi menyusu dan sedang mengalami growth spurt.

Biasanya waktu bayi sedang mengalami growth spurt,bayi akan menyusu dengan lebih kerap dan lebih lama.Jadi secara semulajadinya badan ibu akan menghasilkan lebih banyak susu.

#Siapa Yang Perlukan Power Pumping?


  1. Ibu yang kekurangan susu akibat darpada kurang mengepam,perubahan hormon atau sebagainya dan sedang berusaha untuk menambah bekalan susu untuk anak.
  2. Ibu yang ingin relaktasi atau ingin menyusukan semula setelah berhenti menyusukan.
  3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat,dimana teknik ini mampu meransang penghasilan susu ibu.
#Cara Nak Buat Power Pumping


 Untuk Single Pump 

Pam kanan dulu 10 minit,kemudian kiri pulak 10 minit.
Tukar pulak ke kanan 10 minit dan seterusnya selama satu jam.

Untuk Double Pump

Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit,rehat 10 minit
kemudian sambung lagi 10 minit,rehat 10 minit dan seterusnya selama satu jam.

Disarankan buat power pumping sekali sehari,sebaiknya pada waktu malam ke subuh sebab waktu ni hormon susu sangat tinggi.

Teknik ini memerlukan masa selama satu jam dan perlu dibuat selama 3 -7 hari bergantung kepada individu masing-masing.Anda hanya perlu gunakan teknik ini  untuk boost up penghasilan susu ibu.

#Berapa Lama Saya Kena Tunggu Untuk Nampak Hasil?

Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer.Berapa cepat nampak hasil bergantung kepada orang.Power pumping perlu masa sekurang-kurangnya seminggu.

Yang penting anda tak boleh putus asa dan kena konsisten melakukan teknik ini sampai nampak hasilnya.

Walaupun hari pertama hasil pan setitik dua atau pam angin sahaja,teruskan sehingga dapat apa yang diinginkan.usaha,doa dan tawakal,insyallah dipermudahkan.

Kepada ibu-ibu yang bekerja dan sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip pumping saya sangat sarankan anda buat power pumping pada malam harinya.Insyallah susu tak akan berkurang malah akan sentiasa bertambah dengan syarat lakukannya dengan sabar dan berdisplin.

Cubalah Teknik Power Pumping dan Kongsikan Hasilnya

Ok sekaranng anda cuba teknik ini.Saya amat teruja jika anda boleh share di ruangkan komen di bawah gambar hasil  daripada teknik power pumping.

Atau anda boleh tag nama saya di facebook disini

Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya :-

suzielawatisulaiman@gmail.com atau 

SMS/whatapps +013 6130201

Sekian.

-Puan Suziela-



Monday, 1 September 2014

6 Perkara Asas Penyusuan Yang Anda Perlu Tahu

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni saya nak kongsikan catatan ringkas sahaja mengenai 6 Perkara Asas Penyusuan Susu Ibu yang boleh membantu anda mendapat susu yang mencurah-curah.

Catatan ringkas ini sangat penting,kerana setiap perkara ada prinsipnya bukan main hentam jer..:)

Insyallah siapa yang amalkan 6 perkara ini akan mendapatkan apa yang diinginkan.Susu Cukup,Anak Kenyang dan Ibu Bertenaga
...............................................................................................
6 Perkara Asas Penyusuan Yang Anda Perlu Tahu
1 # Doa dan Menetapkan Matlamat Penyusuan

  • Letak dan tetapkan matlamat penyusuan anda sendiri.
  • Perlu sentiasa ingat bahawa setiap daripada kita telah ditetapkan rezeki oleh Allah ,jika nak rezeki yang melimpah ruah kenalah sentiasa meminta pada Allah dengan bersunguh-sunguh.
2 # Emosi Yang Tenang dan Ceria

  • Aliran susu ibu akan menjadi lancar jika kita tenang dan ceria.
  • Pengambilan Vitamin B boleh meransang hormon serotonin iaitu hormon ceria.
3 # Minum 3 Liter Air Sehari
  • Komposisi terbesar di dalam susu ibu adalah air.Jadi minum banyak air untuk hasil yang melimpah ruah..:)Penting!!!
4 # Pump 2-3 Jam Sekali/ Susukan Bayi On Demand
  • Breast kita perlu dirangsang untuk menghasilkan susu.Lagi kerap dirangsang,lagi banyak susu dihasilkan.
  • Nak senang faham, konsep susu ibu adalah supply and demand. Lagi banyak demand, lagi banyak badan akan supply.
  • Kalau baby dah reject direct feeding, rangsang dengan cara pam breast setiap 2 jam atau 3 jam sekali. Kalau rasa susu kurang lagi, buat power pumping
5 # Makanan Seimbang dan Nutrisi Lengkap
  • Kurang makanan ringan dan minuman bergas atau berkafein.
  • Tambahkan makanan tinggi protein seperti ikan dan banyakan sayuran hijau dan buah-buahan.
  • Supplement penting untuk memberikan tenaga kepada ibu. Saya amalkan Set Penyusuan Shaklee
6 # Terpenting!!! Cari Ilmu
  • Jangan segan dalam bahasa Kedah malas untuk mencari ilmu tentang penyusuan susu ibu kerana tanpa ilmu matlamat anda mungkin akan GAGAL.
  • Baca dan kaji sebanyak mungkin maklumat tentang penyusuan susu ibu.Anda boleh tanya kepada kawan-kawan yang telah berjaya.Tetapi hati-hati,kalau boleh dielakkan jangan sembang topik penyusuan, dengan ibu yang gagal menyusukan bayinya takut-takut anda terpengaruh.hehe...
Sekian dari saya

-Puan Suziela-

Macam biasa,saya minta anda tekan button like dibawah supaya ilmu ini juga dapat disampaikan pada rakan-rakan anda.

Terima kasih.

Thursday, 7 August 2014

Nota Susu Ibu #3: Cara Mengatasi dan Merawat Masalah Puting Merekah

Assalamualaikum & Salam sejahtera buat ibu-ibu yang menyusu,

Mana-mana ibu menyusu yang pernah mengalami masalah puting merekah atau nipple crack, ia adalah sesuatu pengalaman yang sungguh memedihkan. Walaupun puting merekah tidak berlarutan dalam masa yang lama tetapi untuk menempohnya sehingga pulih terasa amat lama dan rasa seksa menahan kesakitannya.Rasa nak “give up” menyusu pun ada!

Apakah Punca Yang Menyebabkan Puting Merekah?

Lebih kurang 80% daripada ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami puting yang sensitif dalam tempoh beberapa hari pertama mula menyusukan bayi. Ketidakselesaan ini mungkin disebabkan oleh perubahan hormon dan puting sedang membiasakan diri kepada penyusuan,terutamanya pada hari ke-4 atau ke-5, dan berkurangan dari hari ke hari. Secara amnya, kesakitan akan hilang selepas bayi kita berusia lebih kurang 2 minggu dan lepas itu, penyusuan sepatutnya tidak menyakitkan. :)
Jika kesakitan pada puting melebihi daripada 2 minggu, itu adalah tidak normal…seperti merekah, luka, berdarah. Selalunya masalah ini disebakan oleh beberapa perkara berikut :-

# Punca 1  : Kedudukan dan “latch-on”
Punca utama yang menyebabkan berlakunay putih pedih dan merkah adalah kedudukan lekapan bayi semasa menyusu adalah salah.Bayi tidak menghidap sebahagian besar areola.Baca tentang teknik pelekapan yang betul klik disini 
#Punca 2 : Terdedah kepada kelembapan terlalu lama
Jika puting anda dibiarkan dalam kelembapan terlalu lama, ini akan menyebabkan kulit menjadi terlalu lembut dan menambahkan risiko kepada puting merekah.Kelembapan ini mungkin disebabkan oleh kerana tidak mengeringkan puting selepas penyusuan,memakai breast pad yang terlalu lembap atau menggunakan breast pad yang menggunakan lapik plastik.

#Punca 3 : Thrush

Puting merekah atau kegatalan mungkin bermakna bayi mengalami masalah thrush. Ia disebabkan oleh ketumbuhan sejenis yis seperti kulat dipanggil Candida albicans. Puting ibu menyusu boleh dijangkiti oleh bayi yang yang mengidap kulat ini dalam mulutnya.
Kesakitan semasa menyusu bayi lebih kurang sama di antara thrush dengan latch on yang tidak betul. Apa yang membezakan di antara mereka adalah kesakitan yang disebabkan latch on tidak betul berlaku semasa permulaan menyusu tetapi bertambah baik apabila bayi sedang menyusu dan sebaliknya bayi bayi yang mengalami thrush.

#Punca 4: Dermatitis, eczema atau psoriasis

Dermatitis, eczema atau psoriasis boleh menjadi punca mengapa anda mengalami masalah puting merekah semasa menyusukan bayi.


Jadi,bagaimana merawat puting merekah?

#Tip 1:Sebelum Penyusuan

Jika “breast pad” melekat pada puting, lembapkan dengan air sebelum cuba untuk menanggalkannya

Cuba gosok puting anda dengan ais sebelum menyusu bayi untuk memberi sedikit rasa kebas  kepada puting anda.

Pam atau perah susu untuk beberapa minit sebelum menyusu, ini akan membawa kepada satu let down reflex supaya bayi anda tidak menyusu terlalu agresif dalam minit pertama atau lebih semasa penyusuan. Jika payudara anda terlalu penuh engorged, ini juga akan membuat ia lebih mudah bagi bayi anda untuk latch-on.

#Tip 2:Semasa Penyusuan

Kedudukan yang betul dan lekapan yang dalam adalah langkah-langkah yang PALING penting yang boleh diambil untuk mencegah kerosakan yang lebih teruk dan membantu puting anda sembuh.

Tawarkan payudara yang kurang sakit terlebih dahulu.Cuba buat perubahan dalam kedudukan/posisi semasa menyusu. Ini akan memberi tumpuan tekanan ke atas kawasan puting anda yang kurang sakit.

Menyusu kerap (sekurang-kurangnya setiap 2 jam) ini akan memastikan bayi anda tidak terlalu lapar, yang boleh menyebabkan dia menyusu terlalu kuat.

Perhatikan corak hisapan bayi anda. Jangan biarkan bayi anda menghisap “comfort sucking” pada bahagian yang sakit selama lebih daripada beberapa minit sebaik sahaja dia tidak lagi aktif menyusu.

Jangan tarik bayi anda dari puting sehingga dia telah mengeluarkan puting dari sedutan mulutnya.  Untuk melepaskan sedutan, letakkan jari anda di dalam mulutnya di antara gusinya.

#Tip 3:Apabila Penyusuan Menjadi Terlalu Sakit

Rehat satu atau kedua-dua payudara selama 24 hingga 48 jam.

Ekspres menggunakan tangan atau pam payudara dari yang paling teruk untuk mengeluarkan susu dan mengurangkan risiko mastitis supaya pengeluaran susu tidak terjejas.

Susukan bayi anda menggunakan alat minum alternatif seperti penitis mata, penitis ubat, syringe, cawan ubat atau sudu. Elakkan botol (terutamanya jika bayi anda adalah lebih muda daripada 4 minggu) kerana risiko kekeliruan puting. Jika bayi anda masih belum menghisap dengan betul, menggunakan botol boleh merumitkan lagi keadaan.

#Tip 4:Selepas Menyusu

Lap puting anda dengan perlahan sehingga kering. Jika boleh semasa di rumah, biarkan dada anda terdedah kepada udara untuk beberapa minit.

Untuk puting yang rasa sakit tetapi tidak merekah atau berdarah, sapu susu badan sedikit pada puting dan biarkan ia kering. Susu badan mengandungi ciri-ciri anti-mikrobial yang akan membantu melindungi puting anda daripada jangkitan.

Untuk puting yang merekah teruk dan terdapat pendarahan, cuba lanolin gred perubatan seperti Lansinoh ® , Purelan ®, atau Avent, dibuat khusus untuk ibu-ibu yang menyusu bayi. Ini tidak perlu dibersihkan sebelum menyusu kerana ia adalah selamat untuk bayi anda.

Jangan putus asa!

Biasanya ia hanya mengambil masa sehari atau lebih untuk puting anda sembuh apabila bayi anda menghisap dan melekap latch on dengan berkesan. Jika puting merekah berterusan lebih dari 2 hari tanpa tanda-tanda pemulihan, jumpalah seorang kaunselor penyusuan untuk memerhatikan samada teknik lekapan dibuat dengan betul.

Jadi jika anda mengalami puting sakit atau merekah, cubalah teknik-teknik yang tersebut untuk merawatnya. Masa yang diambil untuk memulihkannya tidak lama, jadi banyakkan bersabar dan jangan cepat berputus asa!

Salam Ikhlas daripada saya.

-Suziela- 

Tuesday, 5 August 2014

6 Tips Penting Teknik Power Pumping Berjaya

Kepada anda yang baru pertama kali nak cuma teknik power pumping,saya sarankan anda ikut 6 tip mudah yang saya nak kongsikan kali ni.

Anda boleh cuba supaya power pumping anda lebih berjaya.Siapa yang masih tak tahu power pumping tu apa? Jemput baca pada entri  Power Pumping Teknik Banyakkan Susu Ibu

Stok Susu Iman 2012

#6 Tip Untuk Menjayakan Teknik Power Pumping

  1. Jangan stress dan kecewa kalau masa mula-mula pump hanya dapat setitik dua atau hanya pump angin jer.Teruskan sahaja.Anda perlu konsisten.Jangan sekali-kali putus asa.
  2. Gunakan breastpump yang berkualiti dan tidak menyakitkan.Kalau dapat handfree lagi memudahkan power pumping anda.
  3. Elak dari lihat jumlah susu yang terkumpul semasa mengepam.Ingat tujuan utama teknik ini adalah untuk meransang lebih banyak susu..
  4. Pastikan emosi anda stabil dan ceria supaya hormon prolaktin mudah terhasil.Boleh pasangkan zikir,lagu yang menenangkan atau melihat video anak anda.
  5. Lakukan power pumping sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam kerana hormon Prolaktin paling banyak pada waktu malam.
  6. Lakukan teknik power pumping di tempat yang selesa kerana anda memerlukan masa 1 jam untuk mengepam.Boleh buat aktiviti yang menyeronokkan seperti membaca supya anda tidak bosan.
#Sudah Buat Power Pumping Tetapi  Susu Masih Sedikit

Anda sudah berusaha dengan konsisten,tanpa jemu.tapi susu masih sedikit?Kenapa jadi macam tu?Cuba check balik diri kita?

  • Adakah pemakanan kita cukup dan seimbang?
  • Pengambilan air yang kurang (3 liter sehari).
  • Ibu berasa letih dan tidak bertenaga
  • Berfikiran negatif dan tidak konsisten.Sebaiknya adakan jadul mengepam.
p/s.Penyusuan susu ibu bukan semata-mata memberikan susu yang banyak,tetapi cukup.Nikmati masa bersama anak,berikan kasih sayang anda semasa direct feeding.

Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya :-

suzielawatisulaiman@gmail.com atau 

SMS/whatapps +013 6130201

Sekian.

-Puan Suziela-



Apakah Cabaran Penyusuan Yang Anda Hadapi?

 

Blog Template by BloggerCandy.com