Breastfeeding Welcome Here

Thursday 7 August 2014

Nota Susu Ibu #3: Cara Mengatasi dan Merawat Masalah Puting Merekah

Assalamualaikum & Salam sejahtera buat ibu-ibu yang menyusu,

Mana-mana ibu menyusu yang pernah mengalami masalah puting merekah atau nipple crack, ia adalah sesuatu pengalaman yang sungguh memedihkan. Walaupun puting merekah tidak berlarutan dalam masa yang lama tetapi untuk menempohnya sehingga pulih terasa amat lama dan rasa seksa menahan kesakitannya.Rasa nak “give up” menyusu pun ada!

Apakah Punca Yang Menyebabkan Puting Merekah?

Lebih kurang 80% daripada ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami puting yang sensitif dalam tempoh beberapa hari pertama mula menyusukan bayi. Ketidakselesaan ini mungkin disebabkan oleh perubahan hormon dan puting sedang membiasakan diri kepada penyusuan,terutamanya pada hari ke-4 atau ke-5, dan berkurangan dari hari ke hari. Secara amnya, kesakitan akan hilang selepas bayi kita berusia lebih kurang 2 minggu dan lepas itu, penyusuan sepatutnya tidak menyakitkan. :)
Jika kesakitan pada puting melebihi daripada 2 minggu, itu adalah tidak normal…seperti merekah, luka, berdarah. Selalunya masalah ini disebakan oleh beberapa perkara berikut :-

# Punca 1  : Kedudukan dan “latch-on”
Punca utama yang menyebabkan berlakunay putih pedih dan merkah adalah kedudukan lekapan bayi semasa menyusu adalah salah.Bayi tidak menghidap sebahagian besar areola.Baca tentang teknik pelekapan yang betul klik disini 
#Punca 2 : Terdedah kepada kelembapan terlalu lama
Jika puting anda dibiarkan dalam kelembapan terlalu lama, ini akan menyebabkan kulit menjadi terlalu lembut dan menambahkan risiko kepada puting merekah.Kelembapan ini mungkin disebabkan oleh kerana tidak mengeringkan puting selepas penyusuan,memakai breast pad yang terlalu lembap atau menggunakan breast pad yang menggunakan lapik plastik.

#Punca 3 : Thrush

Puting merekah atau kegatalan mungkin bermakna bayi mengalami masalah thrush. Ia disebabkan oleh ketumbuhan sejenis yis seperti kulat dipanggil Candida albicans. Puting ibu menyusu boleh dijangkiti oleh bayi yang yang mengidap kulat ini dalam mulutnya.
Kesakitan semasa menyusu bayi lebih kurang sama di antara thrush dengan latch on yang tidak betul. Apa yang membezakan di antara mereka adalah kesakitan yang disebabkan latch on tidak betul berlaku semasa permulaan menyusu tetapi bertambah baik apabila bayi sedang menyusu dan sebaliknya bayi bayi yang mengalami thrush.

#Punca 4: Dermatitis, eczema atau psoriasis

Dermatitis, eczema atau psoriasis boleh menjadi punca mengapa anda mengalami masalah puting merekah semasa menyusukan bayi.


Jadi,bagaimana merawat puting merekah?

#Tip 1:Sebelum Penyusuan

Jika “breast pad” melekat pada puting, lembapkan dengan air sebelum cuba untuk menanggalkannya

Cuba gosok puting anda dengan ais sebelum menyusu bayi untuk memberi sedikit rasa kebas  kepada puting anda.

Pam atau perah susu untuk beberapa minit sebelum menyusu, ini akan membawa kepada satu let down reflex supaya bayi anda tidak menyusu terlalu agresif dalam minit pertama atau lebih semasa penyusuan. Jika payudara anda terlalu penuh engorged, ini juga akan membuat ia lebih mudah bagi bayi anda untuk latch-on.

#Tip 2:Semasa Penyusuan

Kedudukan yang betul dan lekapan yang dalam adalah langkah-langkah yang PALING penting yang boleh diambil untuk mencegah kerosakan yang lebih teruk dan membantu puting anda sembuh.

Tawarkan payudara yang kurang sakit terlebih dahulu.Cuba buat perubahan dalam kedudukan/posisi semasa menyusu. Ini akan memberi tumpuan tekanan ke atas kawasan puting anda yang kurang sakit.

Menyusu kerap (sekurang-kurangnya setiap 2 jam) ini akan memastikan bayi anda tidak terlalu lapar, yang boleh menyebabkan dia menyusu terlalu kuat.

Perhatikan corak hisapan bayi anda. Jangan biarkan bayi anda menghisap “comfort sucking” pada bahagian yang sakit selama lebih daripada beberapa minit sebaik sahaja dia tidak lagi aktif menyusu.

Jangan tarik bayi anda dari puting sehingga dia telah mengeluarkan puting dari sedutan mulutnya.  Untuk melepaskan sedutan, letakkan jari anda di dalam mulutnya di antara gusinya.

#Tip 3:Apabila Penyusuan Menjadi Terlalu Sakit

Rehat satu atau kedua-dua payudara selama 24 hingga 48 jam.

Ekspres menggunakan tangan atau pam payudara dari yang paling teruk untuk mengeluarkan susu dan mengurangkan risiko mastitis supaya pengeluaran susu tidak terjejas.

Susukan bayi anda menggunakan alat minum alternatif seperti penitis mata, penitis ubat, syringe, cawan ubat atau sudu. Elakkan botol (terutamanya jika bayi anda adalah lebih muda daripada 4 minggu) kerana risiko kekeliruan puting. Jika bayi anda masih belum menghisap dengan betul, menggunakan botol boleh merumitkan lagi keadaan.

#Tip 4:Selepas Menyusu

Lap puting anda dengan perlahan sehingga kering. Jika boleh semasa di rumah, biarkan dada anda terdedah kepada udara untuk beberapa minit.

Untuk puting yang rasa sakit tetapi tidak merekah atau berdarah, sapu susu badan sedikit pada puting dan biarkan ia kering. Susu badan mengandungi ciri-ciri anti-mikrobial yang akan membantu melindungi puting anda daripada jangkitan.

Untuk puting yang merekah teruk dan terdapat pendarahan, cuba lanolin gred perubatan seperti Lansinoh ® , Purelan ®, atau Avent, dibuat khusus untuk ibu-ibu yang menyusu bayi. Ini tidak perlu dibersihkan sebelum menyusu kerana ia adalah selamat untuk bayi anda.

Jangan putus asa!

Biasanya ia hanya mengambil masa sehari atau lebih untuk puting anda sembuh apabila bayi anda menghisap dan melekap latch on dengan berkesan. Jika puting merekah berterusan lebih dari 2 hari tanpa tanda-tanda pemulihan, jumpalah seorang kaunselor penyusuan untuk memerhatikan samada teknik lekapan dibuat dengan betul.

Jadi jika anda mengalami puting sakit atau merekah, cubalah teknik-teknik yang tersebut untuk merawatnya. Masa yang diambil untuk memulihkannya tidak lama, jadi banyakkan bersabar dan jangan cepat berputus asa!

Salam Ikhlas daripada saya.

-Suziela- 

No comments:

Post a Comment

Apakah Cabaran Penyusuan Yang Anda Hadapi?

 

Blog Template by BloggerCandy.com