Anda boleh cuba supaya power pumping anda lebih berjaya.Siapa yang masih tak tahu power pumping tu apa? Jemput baca pada entri Power Pumping Teknik Banyakkan Susu Ibu
![]() |
Stok Susu Iman 2012 |
#6 Tip Untuk Menjayakan Teknik Power Pumping
- Jangan stress dan kecewa kalau masa mula-mula pump hanya dapat setitik dua atau hanya pump angin jer.Teruskan sahaja.Anda perlu konsisten.Jangan sekali-kali putus asa.
- Gunakan breastpump yang berkualiti dan tidak menyakitkan.Kalau dapat handfree lagi memudahkan power pumping anda.
- Elak dari lihat jumlah susu yang terkumpul semasa mengepam.Ingat tujuan utama teknik ini adalah untuk meransang lebih banyak susu..
- Pastikan emosi anda stabil dan ceria supaya hormon prolaktin mudah terhasil.Boleh pasangkan zikir,lagu yang menenangkan atau melihat video anak anda.
- Lakukan power pumping sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam kerana hormon Prolaktin paling banyak pada waktu malam.
- Lakukan teknik power pumping di tempat yang selesa kerana anda memerlukan masa 1 jam untuk mengepam.Boleh buat aktiviti yang menyeronokkan seperti membaca supya anda tidak bosan.
#Sudah Buat Power Pumping Tetapi Susu Masih Sedikit
Anda sudah berusaha dengan konsisten,tanpa jemu.tapi susu masih sedikit?Kenapa jadi macam tu?Cuba check balik diri kita?
- Adakah pemakanan kita cukup dan seimbang?
- Pengambilan air yang kurang (3 liter sehari).
- Ibu berasa letih dan tidak bertenaga
- Berfikiran negatif dan tidak konsisten.Sebaiknya adakan jadul mengepam.
p/s.Penyusuan susu ibu bukan semata-mata memberikan susu yang banyak,tetapi cukup.Nikmati masa bersama anak,berikan kasih sayang anda semasa direct feeding.
Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya :-
-Puan Suziela-
suzielawatisulaiman@gmail.com atau
SMS/whatapps +013 6130201
Sekian.-Puan Suziela-
No comments:
Post a Comment