Breastfeeding Welcome Here

Showing posts with label Diet Atkins. Show all posts
Showing posts with label Diet Atkins. Show all posts

Wednesday, 2 July 2014

Induction;Fasa Terpenting Dalam Diet Atkins

Pengenalan

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins
bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. 
Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an.

Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api 
terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 
gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah kita akan 
menghilangkan lemak.

Fasa terpenting dalam Diet Atkins

Pada fasa induction,kita dihadkan mengambil 20gram karbohidrat sahaja.
Had 20gram dalam fasa Induction bukan bertujuan membebankan badan kita tetapi
untuk memastikan badan membakar lemak, bukan glukosa

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, kita boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan keatas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya kita tahu had toleransi karbohidrat.

Had toleransi kabohidrat ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan kita boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Syarat-syarat Induction

1. Pastikan  makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab kita akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

3. Makanan diproses dikilang selalu ditambah gula dan berkabohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam list makanan yang diharamkan dibawah. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!

9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.


Boleh Makan:

1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.

2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai...
asalkan halal.

4. Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8. Burger? Buang roti bun 5 atas dan bawah, makan daging burger dengan
sayur dan mayonis kat dalam je...(pastikan burger rendah karbohitrat)

9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

10. Rumpai laut.

Dilarang Makan Semasa 2 minggu Induction (Permulaan Diet)


1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, dll)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Sekian dahulu perkongsian untuk kali ini.

Monday, 30 June 2014

Diet Ibu Menyusu;Diet Atkins Bahaya?


Selepas bersalin biasanya kita sangat teruja untuk kurus semula dan mengembalikan bentuk badan asal seperti sebelum mengandung. Tetapi kadang kala terlalu banyak alasan yang menyebabkan kita gagal berdiet dengan baik.Masalah yang selalu kita dengar " masa menyusu saya cepat lapar,jadi macamana nak diet?" kalau saya diet nanti susu sedikit..saya risau...

Memang betul kadang-kadang diet yang salah dan melampau memang akan mendatangkan mudarat dan sangat membebankan,malah mungkin akan menyebabkan kesihatan kita dan anak terganggu terutamanya untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan menyusukan.

The low carb atkins during breastfeeding might not be safe, according to many experts. Risk of dehydration, low calcium, high fats, and other reasons. –  Dr Joseph


Kehilangan berat badan semasa menyusu adalah sangat berbeza dengan kehilangan berat badan semasa kehidupan biasa.Tenaga dan keperluan makanan ibu menyusu lebih besar berbanding orang biasa.Disebabkan itu diet yang dikhususkan untuk orang awam  mungkin tidak sesuai untu ibu menyusu.

Jadi apa cara terbaik untuk ibu-ibu selepas bersalin nak berdiet tetapi masih boleh kekal bertenaga dan meneruskan penyusuan susu ibu?Disini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang diet untuk wanita selepas bersalin dan sedang menyusukan anak.

Diet Ibu menyusu sebaiknya dimulakan selepas dua bulan melahirkan iaitu kadar maksimum 60 hari darah nifas keluar.Ini kerana selepas bersalin badan ibu memerlukan masa untuk pulih dan menghasilkan susu yang cukup untuk anak.

Tip Diet Untuk Ibu Menyusu Rendah Kalori

The Subcommitee on Nutrition During Lactation mencadangkan ibu-ibu menyusu untuk mengambil 1500-1800 kalori setiap hari.Berbanding 20 kalori setiap hari untuk orang biasa yang melalui fasa induction Diet Atkins.

Insyalah sedikit tip untuk ibu menyusu :-

# Banyakkan minum air kosong minimum 3 L sehari.
# Lebihkan sayur-sayuran hijau.
#Kurangkan makanan manis dan berkalori tinggi..Petuanya kira jumlah kalori yang diambil setiap kali hidangkan.
#Pastikan rehat yang cukup dan kurangkan stress.
#Ambil supplement untuk pastikan kita kekal bertenaga.


Terima kasih,Jika anda suka artikel ini minta tekan button share.Semoga ia bermanafaat.



Apakah Cabaran Penyusuan Yang Anda Hadapi?

 

Blog Template by BloggerCandy.com