Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.Entry kali ni saya nak kongsikan khas untuk ibubapa yang baru menimang cahaya mata ataupun bakal ibu dan ayah tidak lama lagi.
Tahniah!!!
Alhamdulilah....
Semoga enrty ini dapat memberi sedikit panduan dan tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu untuk anak anda.
Sekadar Hiasan |
#Niat & Matlamat Penyusuan Susu Ibu
Kebanyakkan pandangan daripada pakar penyusuan mencadangkan supaya ibu-ibu memasang niat untuk menyusukan sejak dari bayinya dalam kandungan lagi dan seterusnya cuba dapatkan sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan susu ibu,terutama untuk ibu-ibu yang bekerja.
Berikut adalah antara perkara asas yang ibu-ibu perlu ambil tahu untuk menyusukan bayi :-
- Perlu sentiasa berfikiran positif dan mesti percaya bahawa susu ada sebaik sahaja anak dilahirkan.Stimulasi dan ransangan awal sangat penting.Jadi susukan bayi seawal dan sekerap mungkin.
- Susu awal yang berwarna kekuningan jernih dipanggil kolostrum.Jangan buang,kerana ia sangat berkhasiat untuk bayi anda.
- Diawal-awal kelahiran biasanya ibu akan dapati payudara terasa full atau bengkak.Hal ini terjadi kerana badan ibu baru nak adjust keperluan susu yang diperlukan oleh bayi.Payudara yang tidak rasa bengkak bukan bermakna tiada susu ye.Jangan tunggu rasa full baru nak susukan bayi,nanti supply akan kurang.
- Bayi kerap menangis dan suka bergayut. Bayi asik nak menyusu bukan bermakna tak cukup susu.Ini adalah cara bayi berkomunikasi dengan ibunya,Bayi berasa selesa dan selamat dalam pelukan ibunya kerana dunia ini terlalu asimh untuknya berbanding semasa di dalam rahim ibu.Cuma periksa lampinnya mungkin basah dan dia berasa tidak selesa.
- Bayi yang disusukan dengan susu ibu sepenuhnya berpotensi tidak berak beberapa hari atau minggu.Ibu jangan panik.Pastikan anak anda kencing dan perutnya tidak keras.
- Susukan bayi dengan kerap untuk mengurangkan jaundis.Jangan biarkan bayi tidur terlalu lama tanpa disusukan.Biasanya bayi yang mengalami jaundis memang suka tidur.^_^
- Menyusukan bayi tidak sepatutnya menyakitkan.Pastikan teknik pelekapan yang betul semasa menyusukan.Pastikan sebahagian besar areola masuk ke dalam mulut bayi.
- Cara paling berkesan untuk pastikan bekalan susu untuk anak cukup adalah dengan menambah kekerapan pam susu atau direct feeding.
- Rahsia kejayaan penyusuan susu ibu.Never Give Up!!! Sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan.
Selamat menyusukan.
Untuk konsultasi percuma dan pertanyaan boleh hubungi saya :-
suzielawatisulaiman@gmail.com
SMS/whatapps +013 6130201