Breastfeeding Welcome Here

Thursday, 4 September 2014

Puasa Tak Jejas Susu Ibu

As salam dan salam sejahtera ibu-ibu terhebat.

Saya terjumpa artikel ini dari BH Online  dan saya ingin kongsikan pada anda semua.Artikel mengenai salah faham yang sering kita dengar iaitu puasa boleh sebabkan susu kurang?

Benarkah puasa menyebabkan susu kurang?

Jom kita baca artikel yang di olah oleh Nor Afzan Mohama  Yusof 2011/08/04.

Selamat membaca dan semoga bermanafaat.

.............................................


PUASA TIDAK JEJAS SUSU IBU


Ibu perlu perbetul tanggapan salah 

JIKA anda fikir puasa mengurangkan kualiti serta pengeluaran susu badan lantaran tidak makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam mentari, tanggapan itu adalah meleset sama sekali.
Ini kerana ‘kerancakan’ pengeluaran susu sebenarnya berpunca daripada semangat, tanggapan serta minda positif untuk si ibu terus menyusukan bayi mereka.
Salah tanggapan berkenaan timbul lantaran kurang maklumat mengenai penyusuan. Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Laktasi, Rita Rahayu Omar, berkata banyak kajian membuktikan puasa tidak menjejaskan komposisi susu ibu kerana tubuh wanita berkemampuan menghasilkan beberapa adaptasi metabolik, untuk memastikan pengeluaran susu tidak terjejas sungguhpun berpuasa.

“Tetapi jika berlaku dehidrasi yang kritikal, ia mungkin terjejas sedikit. Oleh itu, ibu perlu pastikan mengambil jumlah cecair mencukupi, di samping tahu menilai keadaan kesihatan sendiri. Jika ia memudaratkan kesihatan anda atau bayi anda, maka haruslah berbuka.

“Sebetulnya penghasilan susu tidak bergantung kepada amalan pemakanan atau ubat-ubatan. Ia bergantung kepada keupayaan ibu untuk mengosongkan payudara secara efektif dan penyusuan dengan kerap. Pengambilan sebarang ubat-ubatan hanya memberi kesan untuk sementara waktu jika ibu tidak melakukan perkara asas dalam penyusuan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengenai penyusuan ketika Ramadan. Daripada pandangan Islam, wanita hamil dan menyusukan bayi diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa terutama jika ibu bimbang berlaku kemudaratan kepada diri, bayi atau kedua-duanya.

Mengenai operasi memerah susu pula, Rita Rahayu berkata, waktu memerah susu seharusnya sama saja seperti hari biasa, cuma dalam bulan Ramadan ia boleh dimulakan awal pagi ketika bersahur kerana kuantiti susu biasanya lebih banyak ketika itu dan selepas berbuka.

Tiada persediaan khas yang diperlukan ibu. Yang penting si ibu perlu berfikiran positif, pasangkan niat untuk meneruskan penyusuan sepanjang bulan puasa yang mulia ini serta memastikan mengambil makanan yang menyihatkan.

“Minum banyak air waktu berbuka bagi mengelakkan dehidrasi, pada masa sama, berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Ketahuilah, berpuasa adalah ibadat dan seperti disebut dalam surah al-Baqarah 185, yang bermaksud `Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran’,” katanya.

Segelintir wanita hari ini terlalu cepat mengalah untuk penyusuan dengan alasan ‘tidak ada susu’ sedangkan ia tidak begitu. Lima puluh peratus daripada wanita yang sedang menyusu melaporkan masalah kekurangan susu sepanjang tempoh penyusuan dan ia adalah antara sebab utama mengapa mereka bercerai susu awal.

Kajian mendapati lebih 90 peratus adalah ‘falsely perceived’ bererti ia adalah disebabkan oleh asas dan amalan penyusuan yang tidak betul. Hanya lima peratus wanita yang tidak berupaya untuk menghasilkan susu secukupnya dan ia berpunca daripada masalah tifoid, prolactin, PCOS (infertility) dan Hypoplasia.

“Kesimpulannya, 95 peratus wanita normal dan mampu menyusukan anaknya. Perkara yang menyebabkan seseorang ibu mempunyai persepsi yang salah (kekurangan penghasilan susu) adalah kekurangan ilmu mengenai penyusuan; payu dara kelihatan lembik dan proses lonjakan tumbesaran yang menyebabkan bayi menyusu dengan lebih kerap.

“Selain itu, tidak dapat menghasilkan susu dalam kuantiti yang banyak serta kurang pengalaman mengenai pengeluaran susu atau ‘Milk Ejection Reflexs’ (MER) atau let-down, serta bayi sentiasa meragam,” katanya.

Jelasnya penyusuan susu ibu juga adalah cara yang paling baik untuk menangani tekanan. Ia berlaku kerana hormon penyusuan secara semula jadi akan bertindak balas dan bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan mental seseorang wanita itu terpelihara.

“Hormon Prolaktin iaitu hormon yang menimbulkan perasaan keibuan dan menjadikan si ibu tenang. Hormon oksitoksin pula adalah hormon yang mencetuskan perasaan kasih sayang. Kesan psikologi ini berkekalan sepanjang si ibu mengamalkan penyusuan ibu. Di sinilah keunikan yang ada pada penyusuan ibu jika si ibu mengamalkannya dalam erti kata sebenar.

“Ibu bekerjaya harus memperbanyakkan amalan penyusuan secara terus pada setiap peluang yang ada dan jangan terlalu bergantung kepada pemberian susu perahan. Amalan lebih banyak memberi susu perahan saja inilah yang menyebabkan ramai ibu berkerjaya tidak mendapat manfaat menyusu. Menyusu adalah titik permulaan ikatan kasih sayang sesebuah institusi keluarga dan melahirkan keluarga yang penuh kasih sayang,” katanya.

........................................................................
#Persediaan puasa ibu menyusu 

  • Melewatkan sahur 
  • Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang. Minum cukup air.  
  • Memerah susu di awal hari 
  • Berdoa 
  • Bertawakal

#Kebaikan menyusu buat ibu 

  • Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan 
  • Menjarakkan kehamilan secara semula jadi 
  • Mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari 
  • Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis 
  • Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi 
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • Kebaikan susu ibu kepada bayi 
  • Kolostrum adalah sumber imunisasi pertama bayi 
  • Mengurangkan masalah alahan 
  • Mengurangkan masalah sistem penghadaman 
  • Membekalkan zat untuk tumbesaran optimum 
  • Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak 
  • Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak lima mata berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula)


#Kebaikan ibu menyusu kepada keluarga dan masyarakat 
  • Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula 
  • Mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit 
  • Merapatkan hubungan kekeluargaan 
  • Mesra alam - mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran 
  • Menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit-birit dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak 
  • Mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara.

.......................................................................................................

Jika anda rasa artikel ini boleh memberi manfaaat kepada rakan-rakan anda yang lain, mohon tekan SHARE button di bawah.

Untuk artikel lain tentang kebaikan susu ibu boleh klik di sini "Kebaikan Susu Ibu"

Wasalam



-Iklas dari Puan Suziela-

Monday, 1 September 2014

6 Perkara Asas Penyusuan Yang Anda Perlu Tahu

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni saya nak kongsikan catatan ringkas sahaja mengenai 6 Perkara Asas Penyusuan Susu Ibu yang boleh membantu anda mendapat susu yang mencurah-curah.

Catatan ringkas ini sangat penting,kerana setiap perkara ada prinsipnya bukan main hentam jer..:)

Insyallah siapa yang amalkan 6 perkara ini akan mendapatkan apa yang diinginkan.Susu Cukup,Anak Kenyang dan Ibu Bertenaga
...............................................................................................
6 Perkara Asas Penyusuan Yang Anda Perlu Tahu
1 # Doa dan Menetapkan Matlamat Penyusuan

  • Letak dan tetapkan matlamat penyusuan anda sendiri.
  • Perlu sentiasa ingat bahawa setiap daripada kita telah ditetapkan rezeki oleh Allah ,jika nak rezeki yang melimpah ruah kenalah sentiasa meminta pada Allah dengan bersunguh-sunguh.
2 # Emosi Yang Tenang dan Ceria

  • Aliran susu ibu akan menjadi lancar jika kita tenang dan ceria.
  • Pengambilan Vitamin B boleh meransang hormon serotonin iaitu hormon ceria.
3 # Minum 3 Liter Air Sehari
  • Komposisi terbesar di dalam susu ibu adalah air.Jadi minum banyak air untuk hasil yang melimpah ruah..:)Penting!!!
4 # Pump 2-3 Jam Sekali/ Susukan Bayi On Demand
  • Breast kita perlu dirangsang untuk menghasilkan susu.Lagi kerap dirangsang,lagi banyak susu dihasilkan.
  • Nak senang faham, konsep susu ibu adalah supply and demand. Lagi banyak demand, lagi banyak badan akan supply.
  • Kalau baby dah reject direct feeding, rangsang dengan cara pam breast setiap 2 jam atau 3 jam sekali. Kalau rasa susu kurang lagi, buat power pumping
5 # Makanan Seimbang dan Nutrisi Lengkap
  • Kurang makanan ringan dan minuman bergas atau berkafein.
  • Tambahkan makanan tinggi protein seperti ikan dan banyakan sayuran hijau dan buah-buahan.
  • Supplement penting untuk memberikan tenaga kepada ibu. Saya amalkan Set Penyusuan Shaklee
6 # Terpenting!!! Cari Ilmu
  • Jangan segan dalam bahasa Kedah malas untuk mencari ilmu tentang penyusuan susu ibu kerana tanpa ilmu matlamat anda mungkin akan GAGAL.
  • Baca dan kaji sebanyak mungkin maklumat tentang penyusuan susu ibu.Anda boleh tanya kepada kawan-kawan yang telah berjaya.Tetapi hati-hati,kalau boleh dielakkan jangan sembang topik penyusuan, dengan ibu yang gagal menyusukan bayinya takut-takut anda terpengaruh.hehe...
Sekian dari saya

-Puan Suziela-

Macam biasa,saya minta anda tekan button like dibawah supaya ilmu ini juga dapat disampaikan pada rakan-rakan anda.

Terima kasih.

Thursday, 7 August 2014

Nota Susu Ibu #3: Cara Mengatasi dan Merawat Masalah Puting Merekah

Assalamualaikum & Salam sejahtera buat ibu-ibu yang menyusu,

Mana-mana ibu menyusu yang pernah mengalami masalah puting merekah atau nipple crack, ia adalah sesuatu pengalaman yang sungguh memedihkan. Walaupun puting merekah tidak berlarutan dalam masa yang lama tetapi untuk menempohnya sehingga pulih terasa amat lama dan rasa seksa menahan kesakitannya.Rasa nak “give up” menyusu pun ada!

Apakah Punca Yang Menyebabkan Puting Merekah?

Lebih kurang 80% daripada ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami puting yang sensitif dalam tempoh beberapa hari pertama mula menyusukan bayi. Ketidakselesaan ini mungkin disebabkan oleh perubahan hormon dan puting sedang membiasakan diri kepada penyusuan,terutamanya pada hari ke-4 atau ke-5, dan berkurangan dari hari ke hari. Secara amnya, kesakitan akan hilang selepas bayi kita berusia lebih kurang 2 minggu dan lepas itu, penyusuan sepatutnya tidak menyakitkan. :)
Jika kesakitan pada puting melebihi daripada 2 minggu, itu adalah tidak normal…seperti merekah, luka, berdarah. Selalunya masalah ini disebakan oleh beberapa perkara berikut :-

# Punca 1  : Kedudukan dan “latch-on”
Punca utama yang menyebabkan berlakunay putih pedih dan merkah adalah kedudukan lekapan bayi semasa menyusu adalah salah.Bayi tidak menghidap sebahagian besar areola.Baca tentang teknik pelekapan yang betul klik disini 
#Punca 2 : Terdedah kepada kelembapan terlalu lama
Jika puting anda dibiarkan dalam kelembapan terlalu lama, ini akan menyebabkan kulit menjadi terlalu lembut dan menambahkan risiko kepada puting merekah.Kelembapan ini mungkin disebabkan oleh kerana tidak mengeringkan puting selepas penyusuan,memakai breast pad yang terlalu lembap atau menggunakan breast pad yang menggunakan lapik plastik.

#Punca 3 : Thrush

Puting merekah atau kegatalan mungkin bermakna bayi mengalami masalah thrush. Ia disebabkan oleh ketumbuhan sejenis yis seperti kulat dipanggil Candida albicans. Puting ibu menyusu boleh dijangkiti oleh bayi yang yang mengidap kulat ini dalam mulutnya.
Kesakitan semasa menyusu bayi lebih kurang sama di antara thrush dengan latch on yang tidak betul. Apa yang membezakan di antara mereka adalah kesakitan yang disebabkan latch on tidak betul berlaku semasa permulaan menyusu tetapi bertambah baik apabila bayi sedang menyusu dan sebaliknya bayi bayi yang mengalami thrush.

#Punca 4: Dermatitis, eczema atau psoriasis

Dermatitis, eczema atau psoriasis boleh menjadi punca mengapa anda mengalami masalah puting merekah semasa menyusukan bayi.


Jadi,bagaimana merawat puting merekah?

#Tip 1:Sebelum Penyusuan

Jika “breast pad” melekat pada puting, lembapkan dengan air sebelum cuba untuk menanggalkannya

Cuba gosok puting anda dengan ais sebelum menyusu bayi untuk memberi sedikit rasa kebas  kepada puting anda.

Pam atau perah susu untuk beberapa minit sebelum menyusu, ini akan membawa kepada satu let down reflex supaya bayi anda tidak menyusu terlalu agresif dalam minit pertama atau lebih semasa penyusuan. Jika payudara anda terlalu penuh engorged, ini juga akan membuat ia lebih mudah bagi bayi anda untuk latch-on.

#Tip 2:Semasa Penyusuan

Kedudukan yang betul dan lekapan yang dalam adalah langkah-langkah yang PALING penting yang boleh diambil untuk mencegah kerosakan yang lebih teruk dan membantu puting anda sembuh.

Tawarkan payudara yang kurang sakit terlebih dahulu.Cuba buat perubahan dalam kedudukan/posisi semasa menyusu. Ini akan memberi tumpuan tekanan ke atas kawasan puting anda yang kurang sakit.

Menyusu kerap (sekurang-kurangnya setiap 2 jam) ini akan memastikan bayi anda tidak terlalu lapar, yang boleh menyebabkan dia menyusu terlalu kuat.

Perhatikan corak hisapan bayi anda. Jangan biarkan bayi anda menghisap “comfort sucking” pada bahagian yang sakit selama lebih daripada beberapa minit sebaik sahaja dia tidak lagi aktif menyusu.

Jangan tarik bayi anda dari puting sehingga dia telah mengeluarkan puting dari sedutan mulutnya.  Untuk melepaskan sedutan, letakkan jari anda di dalam mulutnya di antara gusinya.

#Tip 3:Apabila Penyusuan Menjadi Terlalu Sakit

Rehat satu atau kedua-dua payudara selama 24 hingga 48 jam.

Ekspres menggunakan tangan atau pam payudara dari yang paling teruk untuk mengeluarkan susu dan mengurangkan risiko mastitis supaya pengeluaran susu tidak terjejas.

Susukan bayi anda menggunakan alat minum alternatif seperti penitis mata, penitis ubat, syringe, cawan ubat atau sudu. Elakkan botol (terutamanya jika bayi anda adalah lebih muda daripada 4 minggu) kerana risiko kekeliruan puting. Jika bayi anda masih belum menghisap dengan betul, menggunakan botol boleh merumitkan lagi keadaan.

#Tip 4:Selepas Menyusu

Lap puting anda dengan perlahan sehingga kering. Jika boleh semasa di rumah, biarkan dada anda terdedah kepada udara untuk beberapa minit.

Untuk puting yang rasa sakit tetapi tidak merekah atau berdarah, sapu susu badan sedikit pada puting dan biarkan ia kering. Susu badan mengandungi ciri-ciri anti-mikrobial yang akan membantu melindungi puting anda daripada jangkitan.

Untuk puting yang merekah teruk dan terdapat pendarahan, cuba lanolin gred perubatan seperti Lansinoh ® , Purelan ®, atau Avent, dibuat khusus untuk ibu-ibu yang menyusu bayi. Ini tidak perlu dibersihkan sebelum menyusu kerana ia adalah selamat untuk bayi anda.

Jangan putus asa!

Biasanya ia hanya mengambil masa sehari atau lebih untuk puting anda sembuh apabila bayi anda menghisap dan melekap latch on dengan berkesan. Jika puting merekah berterusan lebih dari 2 hari tanpa tanda-tanda pemulihan, jumpalah seorang kaunselor penyusuan untuk memerhatikan samada teknik lekapan dibuat dengan betul.

Jadi jika anda mengalami puting sakit atau merekah, cubalah teknik-teknik yang tersebut untuk merawatnya. Masa yang diambil untuk memulihkannya tidak lama, jadi banyakkan bersabar dan jangan cepat berputus asa!

Salam Ikhlas daripada saya.

-Suziela- 

Apakah Cabaran Penyusuan Yang Anda Hadapi?

 

Blog Template by BloggerCandy.com